Friday, March 11, 2011

. Raikan Cinta : Rinie & ayien .



[ gambar : suci bunga ini umpama sesuci kebahagian
 dan percintaan yang dicipta oleh pasangan ini . ]

Hari nieh macam banyak masa yang terluang , so dengan pantas yer membuka laptop dan meng update blog yang dah lame tak ber update nieh . Entry kali nieh , aku nak berkongsi cerita mengenai wedding my sis Rinie dan my bro Tapet . hehe , tue lah name panggilan yer yang dikenalkan oleh kak Rinie kat aku . Sampai boleh tersalah-salah panggil , aku panggil name exbf dea laaa , hahaha ( sori sis , lupe + kompius ) . Penceritaan bermula di sini :

2 hari sebelom majlis berlangsung , aku pulang ke kampung halaman untuk menolong apa yang patut . maklumlah akak aku yang last nie nak kawen . OMG !! lepas nieh turn aku lak tp calon pun tak der , macam mane nieh kengkawan ?? tak kan nak suoh mak aku carikan calon? hahaha , dah macam org dulu-dulu lak an , hehehe ;-) okeyy berbalik pada cerita kita tadi . So malam tue aku pun tolong akak aku buat guest book , dah aku tengok dea terkial-kial buat benda tue . Aku pun dengan ilmu di dada nieh menurunkan ilmu kat akak aku yang tak bape nak ketif tue . Dea dah penat , so bile tak menjadi apa yang dea nak buat tue , mula laa nak mara-mara an , tue yang tak suke dan akhirnya


[ gambar : inilah hasilnya apabila dah bertungkus
 lumus buat di tengah malam hampir pagi yer ]

Aku telah dilantik secara rasmi yer oleh kak Rinie nieh untuk menguruskan perkahwinan dea nieh , so aku sibuk sikit laa kehulu dan kehilir , semua nak aku yang handle . Letih beb , tak ckup tangan aku nak buat semua keje . Time di ijab kabulkan , kali nieh akak aku buat kat rumah jer , so tggu laa rombongan pengantin lelaki sampai punyer laa lame an . Macam biase la diorang datang after zohor . Dekat-dekat dengan majlis , boleh pulak tak ader letrik kat umah , so berpanas laa kitaorang semua . 


[ gambar : rupa pelamin nikah yang di inginkan by http://eightyeightweddingdesign.blogspot.com ]


[ gambar : time nak angkat nikah sipengantin lelaki dah berpeloh-peloh + neves laa tue . ]


[ gambar : alhamdulillah , akhirnya akak aku telah 
SAH jadi isteri bro Tapet dengan 2x lafaz ]

Bercerita tentang lafaz nieh pulak , mane tak nya dah laa tak ader letrik pastu first time lak an , mmg kompom laa neves gilerrr . berpeloh-peloh member . ehhh , tak der laa sebenarnya 2x lafaz coz dorang tukar mas kahwin kepada dinar . tue yang aku dengar lah . maklumlah aku sibuk duk uruskan akak aku tue . Time nak angkat nikah dea masih lagi kat dalam bilik , tok imam nieh tak bagi dea kua lak , hahaha padan muke !


[ gambar : dorang sebok kat lua , aku dan akak aku sebok bergambar . ]


[ gambar : bayangkan lah seandainya aku yang pakai 
macam nieh , alangkah cantek yer . hahaha ]


[ gambar : selesai angkat ijab dan kabul , TAHNIAH ! ]


[ gambar : hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki ]


[ gambar : sesi bergambar outdoor , aku sentiasa menyebok punyer . ]

Pada hari persandingan aku lah orang paling sebuk , emak seawal pukul 6 dah kejut aku suoh bangun tido . Dah lah aku tak ckup tidur dah macam aku lak yang nak kawin . Mak pulak dengan tak tidur yer , aku dah mula risau laa . Pagi tue jugak la si akak aku nieh nak pakai inai kan , mane taknya dah pakai malam tue tp tak merah langsung jari dea , dah aku gak yang kene g beli inai lagi sekali . Kan aku dah cakap , aku lah orang paling bz time tue .


Ada satu kejadian yang boleh di katakan kelakar dan pelik bin mustahil . Akak aku suoh aku g hantar baju sanding dan payung kat pengantin lelaki , aku pun pergilah hantar tp sampai jer aku kat tempat pengantin lelaki , payung tue hilang . Aku pun pelik mane payung tue hilang sedangkan aku pergi hantar bukan naik motor pun , aku pergi hantar naek kete then aku tak der pun singgah memane pun . Mmg sangat musykil giler  3x aku kehulu kehilir mencarik payung tue , dari rumah aku ke rumah pihak lelaki . Naek pening pale aku mencarik payung tue , dan akhirnya payung tue hanya ada 1 jer dan akak aku terpakse berpanas laa kan . Macam-macam acara lak akak aku nieh buat , dengan ada tarian , cabutan bertuah , band dan silat . Bukan maen lame ag acara nieh kan . okeyy laa nampak kelainan sikit an , jarang ada acara-acara macam nieh kat kg ketika majlis kahwin .


[ gambar : ketika pengantin bersanding jam 2.30 ptg ]


[ gambar : pelamin mempelai yang dibuat di luar rumah idea sepenuh 


[ gambar : ketika mempelai makan beradap ]


[ gambar : pengantin sedang memberi hadiah ketika acara cabutan bertuah ]


[ gambar : sesi memotong kek yang aku langsung tak dapat makan , hampa ! ]


[ gambar : inilah keseluruhan ahli keluarga aku , terpancar kegembiraan di wajah mereka . ]

alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar sekali . Lepas nieh dah tak ada sape nak kawin lagi melainkan aku lah . Semua adik beradik aku dah kawin , so makin sunyi lah umah aku kan . Masing-masing ikot laki dorang nieh yang tak syok langsung nieh . Alangkah serenoknya kalau ayah masih ader lagi kan , mesti arwah ayah pun happy jer time nieh . Arwah ayah pun tak dapat nak tengok aku bersanding nanti . ' Ayah tengok ida dr atas yer ayah ' .



2 comments:

HAN said...

rase macam rugi plak aku tak datang kak rini kawen ari tu.adess

cikdamia sahaja. said...

nak wt camne an daa ko pun bz . tak der rezeki . tggu jer aku yer turn karang