hye semua rakan blogger ,
Bila dah bercerita tentang artis tue , artis nieh artis tue , tetiba terkeluar cerita YUSRI dan LISA SURIHANI .Betol ker mereka nieh bercinta ? aku pun tak bape nak pasti , tp kenape Lisa pilih Yusri ?? em... bagi pendapat aku secara personal , aku tak suke Lisa dengan Yusri kalau dengan Farid Kamil aku suke , maklumlah kalau dorang digandingkan dalam filem or cerita nampak macam serasi jer dorang berdua nieh kan . Tapi jodoh kan kat tangan tuhan kalau itu pilihan Lisa , aku nieh peminat dea juz mendoakan yang terbaek untuk die .
Dok boring-boring kat opis nieh , aku pun menggodek lappy nieh , then terjumpe kesah Lisa dan Yusri nieh , Mereka berdua di soal oleh mamapaparazzi lah kan , tak kan di soal oleh aku , korang ingat aku nieh sape , hahahaa :) :)
So aku pun copy and paste tok korang bace okeyy .
WARTAWAN : Apakah status hubungan anda berdua?
Lisa:   Sebenarnya tak manis untuk saya jawab. Apa yang saya boleh katakan,   jika sebelum ini kami bercakap pasal kerja, namun sekarang kami bercakap   tentang banyak perkara. Saya tak boleh nak cakap banyak sebab tak  manis  untuk saya sebagai perempuan bercerita lebih. Itu memang prinsip  saya  dan saya harap orang boleh faham.
Yusry: Memang  kita berkawan rapat,  sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak  berselindung dan cakap hal  yang betul. Kita dalam perhubungan yang  matang. Tak ada istilah cinta  monyet dan cintan-cintun. Walau  bagaimanapun, kami masih belum  mengenali sepenuhnya. Saya selesa dengan  perwatakan dan cara pemikiran  dia.
GUA:  Ada kata-kata nakal mengatakan ada  udang di sebalik batu kenapa Lisa  rapat dengan Yusry. Lisa kononnya  dikatakan mahu mendapat tawaran dengan  KRU Studios.
Lisa: Bagi   Lisa, rezeki di tangan Allah. Sejak umur Lisa 11 tahun, Lisa berusaha   untuk mendapatkan sesuatu tawaran. Lisa tak guna agenda tersembunyi   untuk dapatkan ‘job’. Bagi Lisa, tak payah nak guna taktik itu. Namun   apakan daya, Lisa tak boleh nak kawal apa orang nak cakap.
Yusry: Tak   adil untuk pihak dia dan tak adil juga untuk pihak saya. Takkan lah   saya bodoh nak kena macam tu. Saya akui terkilan dan kecewa dengan isu   ini. Kalau macam tu, kira Lisa kena rapat dengan pengarah seperti   Shamsul atau Farid dululah sebelum nak dapat sesuatu ‘job’. Saya ingin   tegaskan yang kami berkawan atas sebab selesa antara satu sama lain.
Walau  bagaimanapun, mengenai tawaran dengan KRU, kami berdua memang  pernah  berbincang dalam Blackberry Messenger (BBM) sebelum jumpa buat  pertama  kali. Kami pernah berbincang pasal projek dan kerja. Malah,  saya pernah  cadangkan satu projek dengan dia dan dia pun telah  bersetuju.
GUA: Betul ke anda berdua dah berjumpa dengan keluarga masing-masing?
Lisa: Itu terlalu peribadi untuk saya cerita.
Yusry: Ya,   saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya.   Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi   saya cara paling baik ialah jumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak   dinafikan, keluarga sangat selesa dengan hubungan kami. Namun, terlalu   awal untuk cakap yang kami menuju ke arah itu (kahwin). Jika jadi,   Alhamdulillah.
 


 
No comments:
Post a Comment