Populariti program realiti  Maharaja Lawak (ML) sememangnya tidak dapat disangka lagi. Atas sebab  itu, ramai penonton yang tidak dapat menerima hakikat apabila mereka  terpaksa melanggan saluran Warna semata-mata untuk menyaksikan  pertandingan yang menghimpunkan beberapa juara serta peserta Raja Lawak  yang sedia ada ini.
Sebelum itu, Maharaja Lawak telah ditayangkan di Astro Prima untuk 2  episod yang pertama. Selebihnya, ianya telah ditayangkan di saluran  Warna. Sebaik saja perubahan ini dilakukan, rata-rata penggemar Maharaja  Lawak telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan membuat  petisyen di lama sosial facebook supaya Maharajalawak diubah ke saluran  Prima semula.
Apapun, disebabkan perkara ini, ada segelintir individu yang telah  melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab apabila memuat naik  program popular itu di laman web Youtube. Muat naik itu pula tidak  dilakukan pada keesokkan harinya. Sebaliknya, ianya dapat disaksikan  pada malam siaran langsung itu sendiri.
Ini bermakna jika Maharaja Lawak bersiaran pada pukul 10 malam setiap  Jumaat dan ditayangkan di Astro Warna, slot pertama program tersebut  dimuat naik sekitar jam 10.30 malam atau 10.45 malam.
Menyedari perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu, Pengurus Saluran  Warna, Nizam Sani menjelaskan, pihaknya telah pun mengambil tindakan  dengan menghantar surat kepada pihak pentadbiran Youtube di Amerika  Syarikat.
"Kami menyedari perbuatan tersebut dan telah pun mengambil tindakan.  Kami telah menghantar surat kepada pentadbiran Youtube di AS. Dapat  dilihat ada tindakan yang diambil iaitu oleh mereka.
"Bermakna jika ada yang memuat naik program Maharaja Lawak pada hari  siaran langsung dengan tak sampai sejam sewaktu siaran, mereka akan  menahannya daripada disiarkan.
"Tetapi saya lihat, beberapa jam selepas itu, program Maharaja Lawak  tetap ada di Youtube pada hari tersebut juga. Maknanya, walaupun  tindakan sudah diambil, namun tiada apa-apa perubahan yang berlaku.  Senarionya tetap sama. Ada saja orang lain pula yang akan memuat naik  program itu. Kita pun susah nak sekat perkara sebegini dalam internet.," katanya .
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment