Tuesday, January 04, 2011

. Faizal Yusup Meninggal Dunia .


[ gambar : arwah FAIZAL YUSUF bersama bekas isterinya SITI NORDIANA ]

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.
Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.
Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

. adakah aku kehilangan untuk senyum .

Cuaca mendung.
Dingin menyelubungi penghujung Disember dua puluh sepuluh.
Sejuk mencengkam walaupun tidaklah seperti dihujani salju.
Pandang langit, hanya ada percikan kelabu.
Senyum tanpa rasa pilu.
Beku.

[ gambar : adakah kao menyintai diri aku seperti mana aku menyintai diri mu ]

Menjalani kehidupan sendirian bukanlah satu dugaan, bahkan ia adalah satu cabaran sama ada kau mampu untuk bertahan dan melawan pelbagai jenis ujian yang mendatang. Bukan sesuatu yang tidak menyenangkan, bahkan ia sebenarnya memberikan kelebihan apabila apa yang kita fikirkan menjadi lebih matang dan penuh keyakinan. Aku juga masih lagi sendirian walaupun hakikatnya aku harfiahnya sudah berteman.
Senyum.

Jadi, apabila kau meraung dan menangis pada aku, kesakitan hidup sendirian setelah sekian lama berteman, aku cuma mahu kau tahu kawan, yang aku pernah melalui saat begitu. Saat keseorangan dan peluk dinding dingin bukanlah benda asing bagi aku. Ah, sekarang ini mungkin lebih baik kerana aku gemar peluk mainan berbulu, patung-patung beruang beku.

aku : Aku benci hidup aku sekarang.
kawan : Kenapa?
aku : Segalanya berterabur, berubah.
kawan : Kau boleh susun semula.
aku : Susah , susah sangat. 
kawan : Kau boleh, aku tahu kau boleh.
aku : Aku sakit dengan hidup aku.
kawan : Jadi, mulakan hidup baru.
aku : Entahlah.
kawan : Kau boleh buat sesuatu untuk aku?
aku : Apa dia?
kawan : Kau senyum, tolonglah senyum.
aku : Tiada alasan untuk aku senyum lagi. 
kawan : Kehilangan cinta bukan bermakna senyuman kau direnggut pergi selamanya.
aku : Buat masa ni, aku hanya kenal tangisan sahaja.
kawan : Kau senyum, kau boleh.
aku : Apa alasan untuk aku senyum?
kawan : Kau senyum sebab kau ada aku, boleh?
aku : Itu sahaja?
kawan : (ketawa) Tak cukup lagi ke?
aku : Kalau kau, kau akan senyum bila ada masalah kan?
kawan : Ya.
aku : Kenapa kau senyum?
kawan : Senyum sebab aku tahu semuanya akan baik bila aku senyum. Otak aku akan lapang dan dada aku tidak sesak menahan masalah. Jiwa aku tidak kusut.
aku : Itu kau.
kawan : Kalau aku yang beku boleh, kenapa bukan kau yang hidup gembira?
aku : Susah aku nak tersenyum semula.

[ gambar : kadangkala kita akan keseorangan jugak ]

Senyumlah.
Ukirkan secangkir senyuman di bibir manis itu.
Hidup tidak selamanya indah, tetapi bila ujian melanda, aku dengan pasti tahu bahawa kita perlu tabah. Bahkan, dengan senyuman itu, kekuatan mampu dikumpul dan tenaga mampu disimpan semula. Kalau mahu menangis sekalipun, ketahuilah, air mata yang mengalir itu akan jadi kekuatan suatu hari nanti. Lepaskan segalanya dan bangkit semula.

Senyum.
Aku faham betapa sakitnya.
Aku mengerti kepiluan hati yang kau rasa.
Aku menyedari kekeliruan dan kekecewaan yang melanda.
Cuma, aku mahu kau kuat dan ceria semula.
Senyumlah, ukir lagi bahagia.
Darah merah tidak sempurna.
Tanpa sistem aliran rangsang tenaga.
Ukir bentuk hati dalam marga.

aku : Cuaca sejuk, tiada matahari di tempat aku.
kawan : Sama macam tempat aku juga.
aku : Aku dah tiada matahari sendiri.
kawan : Bukan kau seorang sahaja kehilangan.
aku : Bahkan aku rasa keseorangan.
kawan : Siapa yang tidak pernah punya rasa itu? Semua orang rasa.
aku : Tidak seteruk aku barangkali.
kawan : Penerimaan orang lain-lain. Mungkin kau rasa kau teruk, hakikatnya ada orang lebih teruk di luar sana.
aku : Hati aku sejuk. Nak jadi manusia beku macam kau boleh?
kawan : Kenapa?
aku : Kau boleh ketawa bila kau marah, kau mampu ukir senyuman walaupun kau sedih dan kecewa. Aku nak begitu, biar aku tidak menangis bila dikhianati sekali lagi.
kawan : Percayalah cakap aku. Kau takkan mahu jadi macam aku.
aku : Aku nak.
kawan : Susah untuk kembali kepada diri sendiri kalau kau memilih jadi beku.
aku : Kenapa?
kawan : (senyum) Percayalah. Kau akan hilang diri dan rugi waktu.


[ gambar : Pernah kau jumpa orang yang akan berlari bawah hujan untuk sembunyikan tangisan? Kau sedang baca tulisan dia saat ini ]

Hati aku sendiri ibarat sekeping kaca.
Pernah dicalar, jatuh terhempas hingga hampir pecah segala.
Tapi aku percaya suatu perkara.
Kalau aku tidak paksa diri untuk kuat, siapa yang akan menjaga aku untuk terus senyum suka?
Kalaulah sekeping kaca ini dirosakkan lagi, aku tahu akan luka.
Bukan aku seorang, tetapi orang disekeliling aku juga.
Maka, tabahkan hati dan terus usaha.

Kawan, aku nak kau tahu suatu benda.
Hidup ini belum tiba saat penghujungnya.
Sampai Allah cabut nyawa.
Kau akan jumpa alasan untuk senyum semula.
Teruskan berjalan atas dunia yang fana.
Sebab kau dan aku tahu, di hujungnya bakal punya laluan bahagia.
Mungkin bukan hari ini, esok atau lusa.
Tapi nanti suatu masa.
Senyum ya?


Kuciputersenyum : Tidak semua perkara memerlukan alasan sebenarnya. Manusia mencari alasan hanya kerana mahu perkara yang dilakukan punya asas dan suatu sandaran semata-mata. Perlukah kau cari alasan untuk terus bernafas dan bernyawa saat ini?

Sunday, January 02, 2011

. Dulu Puluh Sepuluh : Tahun menolak Jauh - Jauh Kematangan Diri .

Hari terakhir dua puluh sepuluh.
Sejuk dan tiada perasaan seperti selalu.
Dingin menyelubungi hati manusia beku.
Ah, tiada kekuatan untuk ukir senyuman seperti selalu.
Jangan ketawa palsu.
Elakkan menipu.
Tahan hati pilu.

Cubit-cubit pipi.
Ketap-ketap gigi.
Urut-urut dahi.
Usap rambut ke tepi.
Sedia, kita senyum nampak gigi.
Bolehkan begini?

Hari terakhir dua puluh sepuluh.
Tahun menolak kematangan diri, tapi tidaklah sampai berpeluh.
Orang lain pula yang mengeluh.
Penat memaksa sampai lenguh?
Ah, jangan jadi bodoh.
Aku tetap kekal dengan gelaran manusia hodoh.

[ gambar : barangkali menunggu bulan turun ke riba ]

Hari terakhir dua puluh sepuluh yang sunyi.
Apa yang aku buat hanya melepaskan tanggungjawab dan melunaskan kewajipan diri.
Aku manusia yang sentiasa mahu suka hati.
Makhluk yang sentiasa mahu gembira bagai air sejuk rasa barli.
Barangkali..

Satu panggilan telefon sempena ulang tahun kelahiran seorang teman diterima. Suara bakal pengamal perubatan itu buat hari yang mendung ada sedikit cahaya cerah. Ah, pasangan bahagia tatkala zaman remaja. Bahagia dalam erti kata sering mengenakan satu sama lain akibat masing-masing degil dan rasa kebencian meluap tidak tentu hala.

Teman : Macam mana hidup?
Aku : Rasa tua bila ada orang sambut hari lahir hari ini.
Teman : Kalau aku lahir esok, kau akan jadi kakak aku dah.
Aku : Nasib baik tak.
Teman : (ketawa) Kau masih macam dulu.
Aku : Macam mana tu?
Teman : Kau masih perempuan yang ketawa riang walaupun suara kau ada tingkah duka.
Aku : (ketawa) Aku gembira.
Teman : Kau pilih orang yang salah untuk menipu.
Aku : (ketawa) Bahkan kau sedang tipu diri kau sendiri.
Teman : Ah, perempuan ini memang tak matang dari dulu.
Aku : Manusia yang menolak kematangan diri, adalah aku.
Teman : Kenapa?
Aku : Apa itu matang sebenarnya?
Teman : Meningkat dewasa secara logiknya, dari pelbagai aspek.
Aku : Aku mungkin matang dari beberapa segi tapi kematangan itu biarlah tidak kelihatan.
Teman : Kenapa?
Aku : Biar disedari, bukan dibuat-buat.
Teman : Faham.
Aku : (ketawa) Aku tidak akan matang depan kawan-kawan.
Teman : Depan kekasih hati?
Aku : (ketawa) Entah.

[ gambar : Gulungan hidup dua puluh sepuluh - sekeping hati sudah melayang pergi ]

Entah bagaimana, sekeping hati yang penuh calar dan luka tiba-tiba menjadi hak milik si dia,Encik Arnab yang selalu suruh diri tersenyum suka. Tidak perlu meluahkan ataupun meminta menjadi pasangan, masing-masing menyedari kewujudan diri masing-masing adalah suatu bentuk keperluan setiap hari dan berjanji mahu berusaha mengikat hubungan sah sampai mati. Segala yang perlu dilakukan sudah dilaksanakan sedikit demi sedikit, moga akan ada sinar kebahagiaan selepas ini.

[ gambar : selamat tinggal 2010 , dan selamat datang 2011 yang belom pasti
 menjanjikan apa-apa sebagai jaminan ] 

Aku : Kau boleh tolong aku?
Teman : Tolong apakah?
Aku : Gayat. Aku sedang tergantung di hujung.
Teman : Hujung apakah? Kau di mana ni? Atas gunung ke?
Aku : Tak, di rumah.
Teman : Habis tu tergantung di hujung apakah?
Aku : Hujung 2010 (ketawa)
Teman : Keji.

Itu sahaja.
Moga kalian juga punya tahun dua puluh sepuluh yang bermakna bersama aku ya?
Senyum.

aku : Melalui saat yang menggembirakan dan sukar dalam hidup menjadikan aku lebih kepada siapa aku hari ini. Gelak ketawa, cemuhan, makian dan kata nista sudah aku tidak ambil peduli. Senyum. Aku masih ada mereka yang mengasihi dengan sejujur dan sepenuh hati.