Monday, May 30, 2011

. Masuk UIA ??? Menukar penampilan berTUDUNG ?? .

hye semua pembaca blogger yang aku kasihi .

sesak nafas aku nieh tak sempat nak mengupdate blog yang usang nieh , konon-konon yer nak update time kerje nieh haaa , tp masuk-masuk opis , lappy kat opis nieh boleh wt hal lak an , sakittt hatiii laaaaa !! . Sampai ke tengah hari tak der lappy nak buat kerja , dengan kerja bertimbun atas meja nieh , lagi lah stress an , nasib baik customer tadi tak kene maki dengan aku kan . Ehhh korang semua bagi lah sedikit pendapat macam mane nak hilangkan panas baran aku nieh ...


okeyy-okeyy berbalik kepada topik aku nieh , mesti korang ingat aku dapat masuk UIA kan ? hehhe , macam pelik lak an , hahahaha . Act bukan aku dapat masuk UIA tue sebagai student pun , aku juz anta adik Encik Boyfren masuk sane lah , Kalau aku masuk UIA , perghhhh , memang family aku buat kenduri 44 hari lah beb , hahaha


[ gambar : Terasa seronok pulak aku dok dalam UIA nieh teringat kesah-kesah and saat aku time masuk kolej dulu , nak daftar bagai , dok bawah pokok sambil usha mamat-mamat ensem kan . Tapi kat sini memang lain sikit lah tak der lah macam kat kolej aku dulu kan semua jejaka-jejaka malaya control ensem , sini semua nak pakai kopiah an , jalan sopan jer , tak der lah nak bergaya sakan , sedap mate memandang kan , sejuk perut mak mengandung ]


[ gambar : aku nieh dah lah ader alahan , tak boleh nak kene panas an , berpeluh sikit pun tak boleh , nieh lah akibatnya lw dok bawh pokok panas-panas terik macam nieh , naik dah gatal-gatal aku . Perghhhh time nieh hanya tuhan jer yang tahu macam mane rase yer gatal 1 badan nieh , nieh baru sebelah tangan aku jer , belom tengok tangan sebelah kiri , kaki , muka lagi . Muka aku lagi lah dah merah padam kan , Ya Allah dah macam pakai blusher satu muka rase yer . Bayangkan lah dari pagi sampai ke tengahari aku dok berjemur , dengan bahang panas tue kan , naik lah gegate nieh , betol ker ayat aku tue ?? hehe , lantak lah ]


[ gambar : nieh lah hasilnya bila dapat masuk UIA an , hahaha , jangan nak gelak sangat yer kengkawan , yesss nieh lah saya yang anda-anda kenal tue yer , stopp dr gelak , saya memang tak suke anda-anda gelakkan saya . Bagi yang kenal memang akan tergelak besar , dr tak pakai tudung jadik pakai tudung an ... Sejuk perut ibu mengandung kan , tp tue lah ini kerana aku kene masuk UIA tuk hantar adik Encik Boyfren masuk stdy , tue menukar penampilan seketika , Kalau dah sampai seru untuk aku bertukar imij , alhamdullah , anda-anda jangan lupe doakan yang terbaik untuk saye yer :):) Aku pun tengah usaha ke arah itu , amin ]


[ gambar : inilah rupa aku ketika memasuki perkarangan UIA , mula-mula datang tue memang agak comel dan terurus tetapi bila dah masuk 2 jam kat satu , seluruh badan aku dah naik gatal-gatal . Cube korang perhatikan betol-betol kat tangan aku tue , nampak kan tanda merah-merah tue , tue lah aku naik gatal-gatal . Tak tahan beb , dalam hati aku time nieh , ' weiiii cepatlahhh aku nak balikkkk , gatal nieh beb badan aku ' demmm . tak suke keadaan aku macam nieh , tue yang bile panas terik aku memang akan mengalami masalah macam nieh , nak g klinik pun malas jer , nanti dea bagi ubat gatal . tak suke ! ]


p/s : kepada sahabat-sahabat yang mengenali aku , stoppp dari gelakkan aku yer , jangan nak senyum sorang-sorang sangat lah , tunggu lah aku dapat seru kai tudung time tue , ko nengok lah aku kai tudung yang berbelit-belit tue , kompom comel an , okeyy , tengs korang cakap comel , membakar semangat nieh yang telah lame , dah jadik lemak pun , hahhaaha :):)



. LIFE : Bila Dua Menjadi 1 .

hye semua pembaca blogger :):):)

macam mane dengan aktiviti korang semua pada hujung minggu lepas ?? mesti banyak aktiviti yang korang lakukan an tak kire bersama sahabat or keluarga an . Sebenarnya aku happy giler minggu nieh , aku rasekan dunia nieh aku yang punya , tp kenapa benda nieh terjadi kat diri aku ?? adakah aku wt salah ?? takut jugak langkah yang aku ambil nieh salah jer , korang rase ?? hehehe , sengalkan korang tak tahu soklan per tetibe tanya an , bile hati nieh terlalu gembira , dah macam orang giler jer bercerita nieh , Stoppp gda dari senyum dah macam orang giler ko nieh .


[ gambar : ishhh , nape perlu ada LOVE nieh ?? musyyhhhkilll ]



[ gambar : Beginilah akibat terlalu seronok , kemane sahaja kita akan senyum kan , dah macam kerang bushuk lak , hope ia terus berkekalan :):) ]

Friday, May 27, 2011

. Kecoh Pasal Orang Simbah Asid Pulak , Kini Di Area Ampang .

 hye semua pembace blogger yang aku kasihi ,


Semenjak dua menjak nieh tetibe fikiran aku asik memikrkan tentang kejadian simbah asid yang sangat berleluasa sekarang , bermula di Wangsa Maju . Baru minggu lepas aku jejaki cerita nieh , orang yang simbah asid neh ada dekat area Shah Alam . Apa motif mereka nieh yer ? aku terpikir adakah mereka nieh kecewa dalam percintaan dn berdendam dengan kaum wanita ?? kerana sehingga hari ini semua mangsa adalah perempuan .

[ gambar : inilah rupa saspek yang menyimbah asid di area Lembah Klang . ]

Pihak polis pesan kepada orang ramai jangan menyebarkan cerita palsu atau maklumat palsu mengenai orang yang menyimbah asid . Rasenya sekarang ini semua dah tahu pasal kes ini kan ?? Sangat takottt !!! g main jejauh okeyyy !! kes ini dikatakan penyimbah asid berbangsa INDIA dan kebanyakan mangsa gadis MELAYU . Banyak kejadian dilaporkan berlaku di area Bukit Bintang , Jalan Pudu , Brickfields , Bangsar , Desa Pandan dan yang terbaru Bandar Baru Ampang .



 [ gambar : merupakan salah seorang mangsa yang telah disimbah oleh asid ]

Sedih , kesian bila nengok gambar akak nieh ,
So, what we can do to avoid from being their victims :- 

  • Kalau tak ada hal penting, JANGAN keluar tak tentu hala kat jalan-jalan yang dah ada kes.
  • Elakkan lalu kat tepi-tepi jalan raya (side of the roads). Berjalan di tempat yang ramai orang. Eg : jalan bersebelahan dengan bangunan.
  • Sentiasa berjalan menghadap ke arah trafik bagi memastikan kita dapat lihat sesiapa yang dicurigai mendekati dan mengelakkan penjenayah simbah asid dari belakang.
  • Jangan buka tingkap sewaktu memandu kereta.
  • Kalau kejadian berkenaan berlaku jugak, simbah air banyak pada tempat yang terkena asid especially mata.
  • Bawak payung sebagai senjata or to avoid from the acid. Atau pon maybe handbag kita boleh dijadikan senjata untuk elak simbahan tersebut.
  • Pastikan tiada sesipa yang mengekori sewaktu berjalan di tempat letak kereta.
  • Jangan keluar berseorangan, lagi ramai lagi bagus.
  • Alert pada honda EX5 WPV4963, lelaki india dua orang, ada bakul di depan motosikal dan memegang botol.
Sangat scaryyy.. Bayangkan kalau dia buat sindiket pulak. Tak pun dah datang dekat tempat kita ni kan. Tiba-tiba jog kat Tasik Titiwangsa dia duk belakang kita!


Tapi aku sedikit pelik lah , nape sampai sekarang polis masih lagi tidak berjaya nak menangkap panjahat nieh ?? bukan maklumat semua dah ada ker ? No pendaftaran pun ada kan ? so nape pihak polis masih belom berjaya membuat tangkapan . Hope pihak polis dapat menangkap penjenayah nieh secepat mungkin , kerana semalam penjenayah ini telah sampai area Bandar Baru Ampang so saya takutlah coz itu area rumah saya . OMG !! hope cepat lah settle benda nieh .

Thursday, May 26, 2011

. Lisa Suriyani & Yusri Dah Jumpe Keluarga Masing-Masing .



hye semua rakan blogger ,


Bila dah bercerita tentang artis tue , artis nieh artis tue , tetiba terkeluar cerita YUSRI dan LISA SURIHANI .Betol ker mereka nieh bercinta ? aku pun tak bape nak pasti , tp kenape Lisa pilih Yusri ?? em... bagi pendapat aku secara personal , aku tak suke Lisa dengan Yusri kalau dengan Farid Kamil aku suke , maklumlah kalau dorang digandingkan dalam filem or cerita nampak macam serasi jer dorang berdua nieh kan . Tapi jodoh kan kat tangan tuhan kalau itu pilihan Lisa , aku nieh peminat dea juz mendoakan yang terbaek untuk die .


Dok boring-boring kat opis nieh , aku pun menggodek lappy nieh , then terjumpe kesah Lisa dan Yusri nieh , Mereka berdua di soal oleh mamapaparazzi lah kan , tak kan di soal oleh aku , korang ingat aku nieh sape , hahahaa :) :)



So aku pun copy and paste tok korang bace okeyy .




WARTAWAN : Apakah status hubungan anda berdua?

Lisa: Sebenarnya tak manis untuk saya jawab. Apa yang saya boleh katakan, jika sebelum ini kami bercakap pasal kerja, namun sekarang kami bercakap tentang banyak perkara. Saya tak boleh nak cakap banyak sebab tak manis untuk saya sebagai perempuan bercerita lebih. Itu memang prinsip saya dan saya harap orang boleh faham.


Yusry: Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun. Walau bagaimanapun, kami masih belum mengenali sepenuhnya. Saya selesa dengan perwatakan dan cara pemikiran dia.


GUA: Ada kata-kata nakal mengatakan ada udang di sebalik batu kenapa Lisa rapat dengan Yusry. Lisa kononnya dikatakan mahu mendapat tawaran dengan KRU Studios.

Lisa: Bagi Lisa, rezeki di tangan Allah. Sejak umur Lisa 11 tahun, Lisa berusaha untuk mendapatkan sesuatu tawaran. Lisa tak guna agenda tersembunyi untuk dapatkan ‘job’. Bagi Lisa, tak payah nak guna taktik itu. Namun apakan daya, Lisa tak boleh nak kawal apa orang nak cakap.

Yusry: Tak adil untuk pihak dia dan tak adil juga untuk pihak saya. Takkan lah saya bodoh nak kena macam tu. Saya akui terkilan dan kecewa dengan isu ini. Kalau macam tu, kira Lisa kena rapat dengan pengarah seperti Shamsul atau Farid dululah sebelum nak dapat sesuatu ‘job’. Saya ingin tegaskan yang kami berkawan atas sebab selesa antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, mengenai tawaran dengan KRU, kami berdua memang pernah berbincang dalam Blackberry Messenger (BBM) sebelum jumpa buat pertama kali. Kami pernah berbincang pasal projek dan kerja. Malah, saya pernah cadangkan satu projek dengan dia dan dia pun telah bersetuju.

GUA: Betul ke anda berdua dah berjumpa dengan keluarga masing-masing?

Lisa: Itu terlalu peribadi untuk saya cerita.

Yusry: Ya, saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara paling baik ialah jumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan hubungan kami. Namun, terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah itu (kahwin). Jika jadi, Alhamdulillah.






Wednesday, May 25, 2011

. Lagu Finalis Mentor 5 dah kua lah , Mane Satu nieh ??? .

Tiga orang finalis yang bakal berentap di pentas akhir Mentor 5 sudah diketahui. Kini, Shiha, Salma dan Iqa mempunyai kurang seminggu untuk membuat persiapan bagi malam terpenting dalam hidup mereka setakat ini.

Pada malam 29 Mei nanti, setiap protege akan mendendangkan sebuah lagu saduran ('cover version'), duet diikuti dengan single terbaru mereka.

Kebiasaannya, umum hanya akan diperdengarkan single terbaru setiap protege pada malam finale, namun tahun ini, pihak produksi telah sudi berkongsi lagu-lagu baru ini dengan para peminat semua. Turut disertakan juga single terbaru Ratnah.
[ Video : Salma protege Erra Fazira - Aku Permata ]

[ Video : Shiha protege Dato Sharifah Aini - Bila Bertemu Mu ]


[ Video : Ratnah protege Afdlin Shauki - BB Aku ]


[ Video : Iqa protege Edry Kru - Di Penghujungnya ]


. Siapa Miera Liyana Nieh ? Ada Apa dengan Miera Liyana .


 gambar : masuk - masuk opis dok melepak dengan kengkawan opis , biasa lah pagi-pagi tak sah klau tak bergosip kan . Dok khusuk dengar my click nieh bercerita tentang artis , Siti Norhaliza ada , Noh Hujan ader , ishh ramai lah dorang nieh bercerita . 

Aku pun dok godek-godek lappy nieh tetiba aku terpegun nengok si dea nieh , aku pun tertanya-tanya siapa dea nieh ? Artis ker ? nape aku tak kenal dea nieh . Dok pikir-pikir rase yer aku pernah jumpe dea time shooting hari tue . Pelakon Tambahan jer kot , tapi tak sangka lah , mmg dea nieh sempoi habis lah , SMOKING lex jer an , dunia artis nieh an lain macam sikit . 

Ada sesetengah artis tak tunjuk kat khalayak ramai tp dea nieh giler sempoi . Nengok lah cara dea nieh berpakaian , giler seksi an .Aku pun ada terbace dalam satu forum tue , bukan aku nak wt kontroversi nacam mama paparazzi . Korang nak tahu per jawapan soklan nieh bila di tanya .

Saat ditanya jika tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina memberitahu wartawan televisiom "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."

Monday, May 23, 2011

. Iqa , Shiha , Salma Ke Final Mentor 5. Wahh , Sape JUARA ?? .


[ gambar : IQA protege EDRY , SALMA protege ERRA FAZIRA dan SHIHA protege DATO SYARIFAH AINI


Jika ada yang menjangkakan kemenangan mudah Salma ke pusingan terakhir Mentor 5 , keputusan malam tadi sungguh mengejutkan semua penontan di rumah mahupun di studio bagi peminat tegar protege Erra Fazira nie. Jika bukan keputusan pihak TV3 untuk menjadikan persaingan akhir " a three -way fight " , Salma memang tidak berpeluang langsung untuk beraksi di pentas akhir pada 29 Mei 2011 di Stadium Melawati Shah Alam .

Di manakah silap Salma dan juga mentornya Erra Fazira ? adakah disebabkan Salma ' peak ' terlalu awal ?? Sesungguhnya aku sendiri pun kagum dengan vokal Salma yang lantang saban minggu , paling menarik apabila gandingan Salma dan Mohd protege Ziana Zain juara Mentor 4 .


Tp berlainan pula ceritanya dengan Iqa . Iqa cukup menyerlah minggu nieh , lagu yang dibawa pada malam itu ' Awan yang terpilu by Ning Baizura ' memang tak dinafikan bukan semua orang boleh bawak lagu tue dengan baik , tp malam tadi Iqa dah buktikan yang dea mampu lakukan . Di sebabkan oleh itu , ranking Iqa pada malam tadi naik begitu tinggi mengalahkan Salma dan juga Shiha .


Pada malam tad , tidak dinafikan bahawa Shiha juga menyerlah . Pada mata kasar aku nieh , mereka telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sepanjang tempoh pertandingan . Dan usaha mereka tidak dilepas pandang oleh juri profesional dan awam .



p/s : Buat Iqa dan Shiha teruskan usaha korang tok malam final nanti . Dan Salma percaturan yang lebih baik perlu dilakukan untuk final nanti jika Salma ingin membawa balik gelaran JUARA MENTOR 5 . Go Salma ! Go Salma :)


. Tanah runtuh: 24 orang tertimbus, 5 mati .

 [ gambar : ketika semua para anak-anak yatim melakukan latihan nasyid sebelom terjadinya tanah runtuh ]

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini.Menurut laporan Bernama, setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

 [ gambar : mangsa anak-anak yatim itu di angkut oleh orang ramai untuk dibawa ke hospital ]

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.


Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
[ gambar : jentera berat sedang mencarik mangsa yang masih terimbus ]

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.Sementara itu, TV Selangor melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera.Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera.Ahli exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan.


p/s : Setiap kali mengacarakan Assalamualaikum, saya akan cuba menyelami setiap isu yang dibincangkan. Hari ini isu fokus ialah pada tragedi tanah runtuh Madrasah at-Taqwa di Hulu Langat yang meragut nyawa ramai anak-anak yatim. Sebak rasa di hati sukar dikawal apatah lagi bila melihat wajah-wajah mereka ini sebelum kejadian ketika selesai membuat latihan persembahan nasyid. Ya Allah, tempatkanlah mereka bersama para solihin. al-Fatihah..

Thursday, May 19, 2011

. Sakit yer Hati nieh , Bila diri Tak Dihargai , Putus Lagi .


Kekedang aku sendiri tak paham apa yang akan terjadi dalam hidup nieh , tak semua apa yang kita hajati akan termakbul kan . Sejauh mane JODOH aku dengan si dea yang sekian lame aku bina nieh , Mungkin kah Jodoh membelahi kami , Tapi kawan-kawan selalu pesan , jangan terlalu berharap , kalau ada jodoh memang tak kemane kan . Betol lah orang cakap CINTA tue buta , sakit hati nieh , pedih dan luluh rasenya . Kekadang rase seperti macam nak bunuh diri tapi itu semua tindakan yang sangat buduh kan .


[ gambar : alangkah indahnya hidup nieh kalau apa yang kita inginkan semuanya menjadi kenyataan ]

 Memang tak dinafikan bila oarang yang kita sayang tinggalkan kita tanpa alasan dan sebab yang kukuh kan , terase diri nieh sungguh hina , di permainankan seperti boneka jer . Sebagai renungan bersama aku nak share apa yang selalu aku lakukan tiap kali ditimpa masalah seperti ini .


p/s : selamat mencuba dan amalkan doa nieh bagi mane yang menghadapi masalah seperti ini , Renung-renungkan dan selamat beramal .





. Seronoknya Ahli Keluarga Aku Semakin Bertambah .

Seronok rasenyakan bila ahli keluarga semakin bertambah kan , akhirnya akak aku yang sulung dah dapat baby gegirls lah , comel lak tue , aku pun tak sempat ag nak nengok dea kat spital , so aku nengok kat fesbuk jerlah . Anak-anak abang aku yang sulung pun gegirls , akak aku nieh pun gegirls , alah aku nak ank buah lelaki lak , dah bosan asik gegirls jer . Tapi name pun tak bagi lagi maklumlah akak aku teruja nak bagi name apa banyak sangat pilihan nya . Baby gegirls nieh selamat dilahirkan di Hospital PPUM pada 17 may 2011 . Wah tarikh bukan main shantek lagi kan , Hari Wesak , huhu.



[ gambar : alahhhh comey yer anak buah aku nieh , sape lah name yer nnti an , tunggu jerlah akk aku nieh bagi name kan , jangan MARKONAH dah ler , susah nak panggil nanti ]


[ gambar : ishhh , muka dak nieh ikot muka sapelah agak nya yer , muka akak aku pun tak der gak , abang ipar ak lagi lah tak der an , tunggu lah dea besar skit an , nieh baru-baru kua dah sebok nak tengok macam sape , memang tak lah gamaknya . nantikan jerlah ;) ]


[ gambar : k.rinie konon yer nak amik berkat lah tue , mudah-mudahan lah akak aku sorang nieh pegnant nanti dapat baby BOY , boring lah asik baby GIRLS jer an yang sulung . Kasi pecah sikit tradisi tue . First time akak aku nieh gang baby kecik0kecik nieh , slalu dea gang mesti NANGES dak tue , kire nasib baik lah coz dak tue tido an , KOMPOM mimpi NGERI dakj kecik tue , hahahaha :) ]

Alangkah seronoknya kalau arwah ayah ada lagikan mesti arwah ayah happy jer sambut kelahiran cucu sulung anak pompuan an , tp takperlah sekurangnya arwah ayah dapat nengok kat ATAS sane , huhuhu :):)

Wednesday, May 18, 2011

. Siapa Muat Naik Maharaja Lawak Di YOUTUBE ?? .


Populariti program realiti Maharaja Lawak (ML) sememangnya tidak dapat disangka lagi. Atas sebab itu, ramai penonton yang tidak dapat menerima hakikat apabila mereka terpaksa melanggan saluran Warna semata-mata untuk menyaksikan pertandingan yang menghimpunkan beberapa juara serta peserta Raja Lawak yang sedia ada ini.


Sebelum itu, Maharaja Lawak telah ditayangkan di Astro Prima untuk 2 episod yang pertama. Selebihnya, ianya telah ditayangkan di saluran Warna. Sebaik saja perubahan ini dilakukan, rata-rata penggemar Maharaja Lawak telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan membuat petisyen di lama sosial facebook supaya Maharajalawak diubah ke saluran Prima semula.



Apapun, disebabkan perkara ini, ada segelintir individu yang telah melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab apabila memuat naik program popular itu di laman web Youtube. Muat naik itu pula tidak dilakukan pada keesokkan harinya. Sebaliknya, ianya dapat disaksikan pada malam siaran langsung itu sendiri.


Ini bermakna jika Maharaja Lawak bersiaran pada pukul 10 malam setiap Jumaat dan ditayangkan di Astro Warna, slot pertama program tersebut dimuat naik sekitar jam 10.30 malam atau 10.45 malam.
Menyedari perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu, Pengurus Saluran Warna, Nizam Sani menjelaskan, pihaknya telah pun mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada pihak pentadbiran Youtube di Amerika Syarikat.


"Kami menyedari perbuatan tersebut dan telah pun mengambil tindakan. Kami telah menghantar surat kepada pentadbiran Youtube di AS. Dapat dilihat ada tindakan yang diambil iaitu oleh mereka.
"Bermakna jika ada yang memuat naik program Maharaja Lawak pada hari siaran langsung dengan tak sampai sejam sewaktu siaran, mereka akan menahannya daripada disiarkan.


"Tetapi saya lihat, beberapa jam selepas itu, program Maharaja Lawak tetap ada di Youtube pada hari tersebut juga. Maknanya, walaupun tindakan sudah diambil, namun tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Senarionya tetap sama. Ada saja orang lain pula yang akan memuat naik program itu. Kita pun susah nak sekat perkara sebegini dalam internet.," katanya .

Tuesday, May 10, 2011

. Nieh nak Keje ker Nak habiskan Wet Company .

hai semua yang di kasihi , dah lame tak bace blog mia yer . okey mia update nieh . Dok sakit perot bukan tak makan tp terOVER makan lunch tadi so mula lah aku nieh dok tak betol kan , senget sane senget sini . Dah tue keje lak tak bape nak meriah kan so aku nieh pun tetiba rase nak amik pix maklumlah pix dah tak ader yang cantik an so aku pun snap-snap ler .


[ gambar : aku pun dah tak tahu nak pose camne lagi kan maklumlah aku  nieh bukan yer pandai sangat nak pose asik pose yang same jer sekali dapat pose macam nak qamat lak an . Sakit perot pun sempat nak bergambar kan kengkawan . janji aku tak susahkan sesape ]


[ gambar : bila dah bergambar sesorang nieh lah mase yer nak hasut staff lain busy an diri dengan keje aku nieh bukan keje oppis , nieh satff yg dok sebelah , konon yer nak try sekali ter snap banyak lak an , Tp cute gak ak nieh kan , ehhh tue mmg kenyataan . Name dea nieh zura , same dengan name staff lame tp position jer berlainan ]


[ gambar : mula-mula aku sorang jer yang snap-snap skali berjangkit dengan staff sebelah  nieh sekali datang ag sorang yang tak leh nengok kitaorg senang , hahaha , nieh adik sedara menager ak name dea AIN. Bila dah amik pix ber3 hancur lah suasana opis nieh kan kecoh yang amat nasib baik tak kantoi dengan bos ]


[ gambar : konon-konon nak gambar candid tp masing-masing control ayu lak kan , mmg tak boleh blah langsung , yang AIN nieh hari last dea kat opis nieh , nak balik kg nak sambung stdy an , baru habis spm an , so otak dea masih leh terima ag bukan macam otak aku nieh naik bebal dah nieh .]


[ gambar : bile kami dah dapat cokelat daripada maneger kami yang dorang kasihi CIK NIZA , huhu . mesti korang rindu dea an kengkawan ku sekalian ]


[ gambar : nieh lah lau dah sangat buhsan kat opis , keje yang diberi terlalu pantas aku selesaikan , huh nape macam nieh . pekerja contoh , hahaha gaji naik nieh ]