Showing posts with label :: Isu Dunia. Show all posts
Showing posts with label :: Isu Dunia. Show all posts

Friday, May 27, 2011

. Kecoh Pasal Orang Simbah Asid Pulak , Kini Di Area Ampang .

 hye semua pembace blogger yang aku kasihi ,


Semenjak dua menjak nieh tetibe fikiran aku asik memikrkan tentang kejadian simbah asid yang sangat berleluasa sekarang , bermula di Wangsa Maju . Baru minggu lepas aku jejaki cerita nieh , orang yang simbah asid neh ada dekat area Shah Alam . Apa motif mereka nieh yer ? aku terpikir adakah mereka nieh kecewa dalam percintaan dn berdendam dengan kaum wanita ?? kerana sehingga hari ini semua mangsa adalah perempuan .

[ gambar : inilah rupa saspek yang menyimbah asid di area Lembah Klang . ]

Pihak polis pesan kepada orang ramai jangan menyebarkan cerita palsu atau maklumat palsu mengenai orang yang menyimbah asid . Rasenya sekarang ini semua dah tahu pasal kes ini kan ?? Sangat takottt !!! g main jejauh okeyyy !! kes ini dikatakan penyimbah asid berbangsa INDIA dan kebanyakan mangsa gadis MELAYU . Banyak kejadian dilaporkan berlaku di area Bukit Bintang , Jalan Pudu , Brickfields , Bangsar , Desa Pandan dan yang terbaru Bandar Baru Ampang .



 [ gambar : merupakan salah seorang mangsa yang telah disimbah oleh asid ]

Sedih , kesian bila nengok gambar akak nieh ,
So, what we can do to avoid from being their victims :- 

  • Kalau tak ada hal penting, JANGAN keluar tak tentu hala kat jalan-jalan yang dah ada kes.
  • Elakkan lalu kat tepi-tepi jalan raya (side of the roads). Berjalan di tempat yang ramai orang. Eg : jalan bersebelahan dengan bangunan.
  • Sentiasa berjalan menghadap ke arah trafik bagi memastikan kita dapat lihat sesiapa yang dicurigai mendekati dan mengelakkan penjenayah simbah asid dari belakang.
  • Jangan buka tingkap sewaktu memandu kereta.
  • Kalau kejadian berkenaan berlaku jugak, simbah air banyak pada tempat yang terkena asid especially mata.
  • Bawak payung sebagai senjata or to avoid from the acid. Atau pon maybe handbag kita boleh dijadikan senjata untuk elak simbahan tersebut.
  • Pastikan tiada sesipa yang mengekori sewaktu berjalan di tempat letak kereta.
  • Jangan keluar berseorangan, lagi ramai lagi bagus.
  • Alert pada honda EX5 WPV4963, lelaki india dua orang, ada bakul di depan motosikal dan memegang botol.
Sangat scaryyy.. Bayangkan kalau dia buat sindiket pulak. Tak pun dah datang dekat tempat kita ni kan. Tiba-tiba jog kat Tasik Titiwangsa dia duk belakang kita!


Tapi aku sedikit pelik lah , nape sampai sekarang polis masih lagi tidak berjaya nak menangkap panjahat nieh ?? bukan maklumat semua dah ada ker ? No pendaftaran pun ada kan ? so nape pihak polis masih belom berjaya membuat tangkapan . Hope pihak polis dapat menangkap penjenayah nieh secepat mungkin , kerana semalam penjenayah ini telah sampai area Bandar Baru Ampang so saya takutlah coz itu area rumah saya . OMG !! hope cepat lah settle benda nieh .

Monday, May 23, 2011

. Tanah runtuh: 24 orang tertimbus, 5 mati .

 [ gambar : ketika semua para anak-anak yatim melakukan latihan nasyid sebelom terjadinya tanah runtuh ]

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini.Menurut laporan Bernama, setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

 [ gambar : mangsa anak-anak yatim itu di angkut oleh orang ramai untuk dibawa ke hospital ]

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.


Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
[ gambar : jentera berat sedang mencarik mangsa yang masih terimbus ]

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.Sementara itu, TV Selangor melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera.Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera.Ahli exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan.


p/s : Setiap kali mengacarakan Assalamualaikum, saya akan cuba menyelami setiap isu yang dibincangkan. Hari ini isu fokus ialah pada tragedi tanah runtuh Madrasah at-Taqwa di Hulu Langat yang meragut nyawa ramai anak-anak yatim. Sebak rasa di hati sukar dikawal apatah lagi bila melihat wajah-wajah mereka ini sebelum kejadian ketika selesai membuat latihan persembahan nasyid. Ya Allah, tempatkanlah mereka bersama para solihin. al-Fatihah..