Monday, May 23, 2011

. Iqa , Shiha , Salma Ke Final Mentor 5. Wahh , Sape JUARA ?? .


[ gambar : IQA protege EDRY , SALMA protege ERRA FAZIRA dan SHIHA protege DATO SYARIFAH AINI


Jika ada yang menjangkakan kemenangan mudah Salma ke pusingan terakhir Mentor 5 , keputusan malam tadi sungguh mengejutkan semua penontan di rumah mahupun di studio bagi peminat tegar protege Erra Fazira nie. Jika bukan keputusan pihak TV3 untuk menjadikan persaingan akhir " a three -way fight " , Salma memang tidak berpeluang langsung untuk beraksi di pentas akhir pada 29 Mei 2011 di Stadium Melawati Shah Alam .

Di manakah silap Salma dan juga mentornya Erra Fazira ? adakah disebabkan Salma ' peak ' terlalu awal ?? Sesungguhnya aku sendiri pun kagum dengan vokal Salma yang lantang saban minggu , paling menarik apabila gandingan Salma dan Mohd protege Ziana Zain juara Mentor 4 .


Tp berlainan pula ceritanya dengan Iqa . Iqa cukup menyerlah minggu nieh , lagu yang dibawa pada malam itu ' Awan yang terpilu by Ning Baizura ' memang tak dinafikan bukan semua orang boleh bawak lagu tue dengan baik , tp malam tadi Iqa dah buktikan yang dea mampu lakukan . Di sebabkan oleh itu , ranking Iqa pada malam tadi naik begitu tinggi mengalahkan Salma dan juga Shiha .


Pada malam tad , tidak dinafikan bahawa Shiha juga menyerlah . Pada mata kasar aku nieh , mereka telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sepanjang tempoh pertandingan . Dan usaha mereka tidak dilepas pandang oleh juri profesional dan awam .



p/s : Buat Iqa dan Shiha teruskan usaha korang tok malam final nanti . Dan Salma percaturan yang lebih baik perlu dilakukan untuk final nanti jika Salma ingin membawa balik gelaran JUARA MENTOR 5 . Go Salma ! Go Salma :)


2 comments:

ir yien 9897 said...

peminat shiha singga cni

cikdamia sahaja. said...

ir yien : owhhh , peminat shiha ker ?? hehehe , sy peminat salma . :):)