Sunday, April 10, 2011

. Suatu Ketika Dahulu ..... .

[ gambar : Bila hati nieh dah mula rasa sayang , cinta mesti indah dunia ini tidak lagi keseorangan ]

Suatu ketika dahulu , saya pernah mencuri pandangan untuk melihat awak . Sering juga mempamerkan diri berdekatan awak dengan sengaja konon yer mahu awak menyedari kehadiran saya . Setiap senyuman awak , saya pahatkan dalam fikiran , setiap gerak geri awak saya perlihatkan , setiap gelak tawa awak saya rakamkan dalam benak fikiran saya .

Awak ,
Dulu saya kurang berani nak cakap yang saya suke awak , saya minat awak , itu kerana saya sedar saya tak mampu tuk memenangi hati awak . Walaupun kita sering berbual namun saya tetap sembunyikan perasaan itu dari berjaya ditangkap oleh awak . Saya cube menjadik sahabat yang rapat , serapat yang mungkin namun setelah saya mengetahui desas desus yang mengatakan yang awak sudah berpunya , saya lari jauh dari diri awak , risau kalau saya menganggu kebahagian awak .


[ gambar : Masih adakah cinta , sayang awak pada saya ?? ]

Awak ,
Maafkan saya kerana menjauhkan diri dari awak sehingga awak sudah beranggapan yang saya tidak lagi mahu berkawan dengan awak kan ?? Hal ini di tambah lagi dengan sikap saya yang mementingkan perasaan satu pihak sahaja tanpa mengambil tahu perasaan awak serta kawan-kawan kita yang lain . Maafkan saya kerana menyakitkan hati awak dahulu .

Awak ,
Setelah saya tamatkan persekolahan , saya tak henti-henti mencarik awak , saya yakin kita boleh bertemu kembali . Saya berusaha mencarik awak balik , namun tahun demi tahun usaha saya gagal , hinggakan saya beranggapan awak sudah dimiliki insan lain . Saya resdha tp ingatkan saya dekat awak tak pernah luput walaupun seminit . Saya sering teringatkan kenangan-kenangan kita bersama dahulu , bergurau senda membuatkan saya semakin rindu awak .

Awak ,
Pertemuan kita di taman permainan itu membuka satu peluang kepada saya untuk menyatakan perasaan saya terhadap awak . Gembira , terharu , rindu , malu semuanya bercampur tak mampu saya nak gambarkan perasaan ini melalui kata-kata . Dengan menukar-nukar nombor telefon ini , saya berharap agar saya tidak lagi berjauhan dan terputus hubungan dengan awak untuk kali ini . Saya berasa amat gembira akhirnya awak sentiasa bersama dengan saya tidak kira dalam keadaan susah , senang , gembira mahupun sedih .

Awak ,
Terima kasih kerana memberi ruang yang sangat luas untuk saya mengenali diri awak dengan lebih dekat lagi serta saya bersyukur kerana awak telah membuatkan hidup saya menjadik lebih berseri setelah kehadiran awak didalam hidup saya .



TERIMA KASIH AWAK ... 


No comments: