Tuesday, January 22, 2013

Amber Court Di GEnting Highland .



Assalamualaikum

Dok sebok mia tengah buat kerja sempat lagi mia online kan diri di muka buku . Abaikan gambar diatas , bukan mia nak bercerita tentang Hotel First World just nak bercerita tentang hotel yang berada di Genting Highland . Bukan apa ramai dok cerita pasal Apartmen Amber Court kat Genting Highand . Oke banyak yang cerita apartment nie seram sangat . Usang giler laa tempat tue . So mia pun search laa kat google kan tentang tempat tersebut .


Gambar nie mia dapat kat google jer . tengok pada gambar yer memang menakutkan , nampak usang sangat . tak tahula camne pulak keadaan dalam die kan . Tapi berdasarkan pengalaman orang orang lain tempat nie still lagi beroperasi . Bile mia tengok kat internet , die updat gamber apartment nie bukan main cantik lagi , bersih , lawa bagai tapi hakikatnya nie laa rupa sebenarnya . Jap mia update gambar yang terdapat dalam internet tok mempromosikan apartment nieee .


Nie laa rupa apartment tue dalam internet tok mempromosikan bilik bilik yang terdapat kat sini . Pengalaman nie mia amik dari kawan mia sendiri . Die pergi hotel nie tanpa dirancang cz hotel kat atas tue semua dah full so ada ulat tue bagitahu ada lagi bilik kosong . So dibawaknya ke hotel nie , disebabkan dah takde hotel kosong dorang pun terima jer laa . dah ler tombol pintu takde , kunci gune mangga jer . Pastu masuk masuk sliding door tak tutup so angin kuat masuk bilik , sejuk yer  melampau lampau . Kawan  mia memang dh rase lain sangat . Tv dah tutup pun terpasang sendiri tanpa siaran . semua benda kat dalam bilik tue tak boleh gune . air pun takde air panas , sejuk jer semuanya . Malam tue dorang nak turun pun , gune lif yang sangat usang , tekan button turun tapi lif naik , tiap kali terbukak kat setiap floor . sangat seram katanya . 


Bila disiang hari mereka tengok keadaan apartment nie memang sangat menakutkan . Mereka langsung tak bercerita tentang apartment kat sane , bila dah balik baru masing masing bercerita tentang apartment tue . Seram pulak mia dengar pengalaman member mia nieee .


Mia zoom sikit . macam mane kengkawan , ada bran ? heheh . oke act mia pun dah pernah pergi apartment beberapa kali  Alhamdulillah selama mia dekat sini takde pengalaman yang aneh berlaku . seperti orang orang lain yang pernah duduk kat hotel nie . Cuma kali terakhir mia duduk kat sini , tv mia pasang tapi takboleh hidup . banyak kali mia try tapi tetap takboleh . So mia biarkan jela . nak tidur mia pasang lagi tapi tetibe lagu tue termati sendiri , mia takde pk apa apa . maybe mia tertekan stop kot time tue . Jadi mia play lagi lagu tue , Then mia terus tertido dengan lena yer . Mia pakai baju tebal 2 lapis . Mungkin mia terlalu penat hingga tak tersedar langsung , tahu-2 dah siang .

Tetibe mia teringat satu benda . time mia nak checkin hotel nie , duit tak cukup so mia patah balik g hotel first world nak carik atm mesin . Dalam perjalanan nak ke Hotel Forst World , jalan kan berliku liku sekali ada seseorang tengah dok berjalan macam takut kan sesuatu . dok menahan . memang mia takbagi berhenti . takut punya pasal . time tue lebih kurang pukul 2.30 pagi . Tetibe mia terpikir mana datangnya orang tue ? Takkan die berjalan dari Hotel Amber Court tue nak keluar . Tapi depan kereta mia ada motor dan kereta dari arah bertentangan . Maybe die yang tolong orang tadi kot . Orang tue cina . seram jugak laaa . Lepas dah draw duit , kami berpatah balik ke Amber Court cz dah terlampau ngantok .

So bagi pengalaman mia takde yang menyeramkan , mungkin kene dengan orang lain bukan mia . so mia takleh nak cakap pape melainkan dah kene dengan batang hidung sendiri . Tapi lepas mia bace dari pengalaman orang lain . takut pulak nak pergi lagi ke hotel nie . Hotel yer usang , banyak jugak kereta yang takpakai tersadai kat parking lot die . sesiapa nak try duduk tempat yang sangat menakutkan nie , silala pastu share dengan mia oke .

xoxo - m ( publish)





4 comments:

Unknown said...

Gambar yang Mia zoom tu SD berani la tengok sbb siang lagi.. hehehe.. Kalau malam memang takkan tengok or baca pon entry ni. Almaklum la SD ni lemah semangat orang nya.. hahaha.. Dulu SD penah gak duduk sini. tapi takde pape pon.. kul 3pg baru balik bilik.. Tapi bila dengar citer mia ni rase cam pelik lak..

cikdamia sahaja. said...

SD : kan kan kan . so far mia pg pun takde benda yang terjadi maybe time tue tak tahu cite yer kot . ad benda pelik tapi buat tak tahu jer .

maybe penceritaan mia tak nampak takut kan . haha ! tapi mia pun takut takut berani jerr :D

Alim Azrich said...

bangunan amber court ne semua dah lawa macam dlm internet promo tue.. pengurusan apartment pn dah baru juga..harap maklum..:-)

Alim Azrich said...

bangunan amber court ne semua dh di cat baru macam dlm promo internet tue.. pengurusan pn dh baru.. :-)