Thursday, February 28, 2013

Kini Samsung Galaxy S4 . Kasi Rembat satu...


** SAMSUNG GALAXY S4 **

Assalamualaikum

Alahai, keluar pulak Samsung Galaxy S4 yer. Samsung Galaxy S3 pun tak sempat merasa lagi dah nak keluar produk baru. Samsung ni memang saja nak bagi Apple cemburu agaknya kan. Walaupun cepat, applikasi android yang diperkenalkan memang terbaik. Kalau nak cerita mengenai spec Samsung Galaxy S4 ni kita akan ceritakan dengan lebih jelas di bawah nanti. Anda tengok design dia macammana? Tertarik tak ?

Kalau kita tengok dari segi Android, ia masih lagi menggunakan JellyBean Android Version 
4.1 dan masih sabar-samar lagi mengenai perkara tersebut. Mungkin akan ada perubahan di minit akhir nanti mengenai Version android yang akan digunakan dalam Samsung Galaxy S4 ini.


Paparan screen pula, nampaknya ia masih lagi belum menandingi Samsung Galaxy Note. Anda boleh lihat Note 1 menggunakan screen sebesar 5.3 inches manakala Note 2 pula 5.5 inches. Samsung Galaxy S4 ini pula paparan screen adalah 4.8 inches di mana standard bagi hanphone. Saiz memang sama sengan Samsung S3. Bagi anda yang suka online dengan smart phone, nampaknya ia agak kurang sesuai dengan anda tapi percayalah bahawa saiz ini mampu memuatkan ia ke dalam poket seluar anda. S4 ini didatangkan khas dengan kehebatan HD Super Amoled Plus jadi tiada masalah untuk anda slide, touch dan gambar pixel lebih cantik daripada biasa.



** SAMSUNG GALAXY S4 **

Processor Samsung Galaxy S4 pula menggunakan 1.8Ghz Samsung Exynos Quad bermakna ia lebih hebat daripada Note 2 yang menggunakan Quad-core 1.6 GHz Cortex-A9 . Makin upgrade makin hebat handphone samsung ni kan. Cuba bandingkan S3 yang menggunakan Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9 memang jauh sangat beza dia tu. Lagi lancar la handphone ni kalau main game dan applikasi yang lain sekaligus bermakna kalau nak install game banyak pun tak apa.

Samsung Galaxy S4 ini juga menampilkan kehebatannya pada Camera iaitu 13MP dan juga 2GB RAM. Tengok dua spec ni memang terbaik sepanjang zaman samsung la. Takpe asalkan harga dia berbaloi kan. Eh harga berapa? tak pasti lagi tapi selalunya harga model terbaru Samsung semua dalam lingkungan 2.2-2.4k pada permulaan. Internal memory Samsung Galaxy S4 adalah 16GB dan 32GB dengar daripada khabar angin la.

Dikhabarkan Samsung Galaxy S4 ini akan keluar pada bulan March 2013 atau April 2013. Jadi sama-samalah kita nantikan kemunculan handphone terbaik ini. Ia didatangkan dalam 2 warna iaitu colors Rose Pink dan Lemon Grass. Warna apa tu? Cuba la anda google yer warna tersebut.
Memang menarik habis kan Samsung Galaxy S4 ni. Apa tunggu lagu? Dah keluar nanti rembat la 1 yer.

P/s : Dalam dilema sama ada Samsung Galaxy S4 or Iphone 5 .


No comments: