Monday, March 28, 2011

. Mulut Kau Memang Macam Longkang .


[ gambar : issshhhhh , nieh lah yang aku rasekan sekarang , benci yang teramat sgt ]

hai semua , hope hari nieh hari korang semua happy dan baek jer . Jangan jadik macam diri aku nieh . Pagi2 lagi mesti lah mood okeyy jer kan , rase happy kerane kes malam tadi . Aku pun menggonlinekan diri di fesbuk . Maklumlah ingin mengetahui isu-isu semasa kengkawan aku semua an . Aku kan seorang yang mengambil berat , okeyyy2 berbalik kepada cerita kita yer

Tengah sebuk2 aku membace status-status kengkawan aku , mate aku tertarik pada status dea nieh . Tetibe hari nieh rase saket sangat . Amboi bukan main lagi dea brani sungguh kuarkan status macam tue kan . Macam dea nak tuju kat aku jer kan . Shial laaa , nieh yang aku tak suke nieh . Aku tak usik ko pun tp ko brani usik aku kan , Bukan 1x , 2x tau tp dah agak banyak kali .


[ gambar : maki depan2 baru puas hati kan ? nie yg ko nak kan ? , WAIT AND SEE ]

Aku diam tak bermakne aku suke dengan apa yang ko buat dengan aku erk . Ko ingat pengaruh ko kuat sangat ker ?? ko ingat aku takut ?? silap orang laaa weiii . Aku tunggu laa tindakan aku selepas nieh . Jangan sampai aku ilang sabar dengan ko nieh . Brani cakap lah depan2 , nieh cakap blakang pastu buruk2kan aku . SENGAL !!


[ gambar : mungkin ini yang ko nak dari aku kan .. tampar ko pai ko terdiam bisu , huh ]



kepada yang berkenaan : Apa lagi yang ko tak puas hati dengan aku haaa ? lagi skali aku dengar ko wt hal lagi , jangan tanya aku kenapa lw sesuatu terjadi kat ko or orang sekeliling ko nanti . S****L

Sunday, March 27, 2011

. Jenjalan Malam Minggu .

hye semua , sorry lame sangat tak update blog nieh kan , maklumlah bz skit lerrr . Nak update pun tak sempat2 . Berbalik kepada topik kita , macam biasa lerr agenda WAJIB tiap malam minggu mesti lerrr jenjalan di kuala lumpur nieh kan . Hari-hari duk umah jer mmg memboringkan diri , asik pandang dinding , tengok tb pai muak aku nengok siaran kat tb tue , so apa lagi aku pun jenjalan ler dengan En. Boypren .


[ gambar : kl nieh mmg sesak , macam fikiran aku yang sesak skrg nieh ]

Sebelom kua rumah nieh dah bergado dengan En. Boypren , mmg menyakitkan hati betollah . Ada jer yang tak kene tao , tampar pipi tue baru tahu . Kire yer nieh sesi memujuk diri lerrr dengan bawak aku pusing2 kl yang semak samun nieh . Tp mmg meriah gilerrr kat kl malam tadi , dengan mat2 rempit penuh di jalanan . Menunjukkan pelbagai aksi diorang kan . huhhh , benci !


[ gambar : tengah marah2 pun sempat lagi aku nak bergambar ,
 sebok jer En. Boypren tengok2 aku ]


[ gambar : gelap - gelap pun masih degil nak amik gambar .
 Nielah hasilnya , padan muke ! ]

Sepanjang jalan yang kitaorang pun tak tahu arah tuju , aku pun snap dan terus snap lerrr . Walaupun gambar tak bape nak cantek kan , maklum jerlah kamera murah kan . Tak mampu lagi nak membeli kamera NIKON.
Daripada Bukit Bintang kitaorang lalu depan rumah-rumah syaitan , pusing2 kat sekitar kl . Dah naik pening pale kitaorg nieh , so akhirnya En. Boypren jumpe tempat yang ingin di tuju . So kitaorang benti kat Kg Baru melayan steak di Steak House .

Lepas makan kenyangkan perut En. Boypren yang kelaparan tue , kitaorang g jenjalan dataran merdeka . Ramai giler orang mane tak yer kan ader konsert metro harian . Bile dah tak tahu nak pergi mane so kitaorang g cuci mate kat uptown cheras . Sampai jer kat sane , ader satu excident . Tak tahu lah apa dengan apa means motor ker , kereta ker tp yang pasti dea langgar pokok kat tengah2 divider tue . cian - cian .


[ gambar : kalau lah aku pakai kamera NIKON , 
kompom gambar lagi cantek dr ini , hampa ! ]

Jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi , ingat kan dah nak hantar aku balik rupernya ada lagi arah tuju yer . En. Boypren bawak g Bukit Langat lak , aduiii , macam - macam tol laa dea nieh . Aku mate daa naik mengantok , dea leh lak bawak jenjalan . Kang aku tidur kate aku kurang ajar lak , ehehhe . So layankan jerlah pangai dea malam tadi . Tapi mmg menyeronokkan dan kami happy !


p/s : Lantak ko lah kalau tak suke dengan hubungan kitaorang , ko jage jer hubungan ko tue . Jangan asek nak buruk2kan orang jer keje ko , tengok sikit diri ko tu sendiri macam mane , ngek !


Saturday, March 26, 2011

. tak sempat nak update .


[ gambar : tunggu kemunculan entry terbaru okeyyy ]



waaaaaa , tencion yer . banyak sangat kerja 
sampai aku tak sempat nak meng'update blog nieh .
tak per nanti aku akan update banyak 
cite okeyyy , tggu........

Sunday, March 20, 2011

. sesekali nak cantik aper salah yer .

Cerita pasal cantek , mestilah dikaitkan dengan perempuan kan ?? ofcos laa , aku pun perempuan mesti nak sentiasa cantik walaupun tak cantik , tak salah kan ?? Macam - macam cara orang nak kelihatan cantik nieh , ada gak yang sanggup membuat pembedahan plastik la , injet sane injet sini , cucuk sane cucuk sini dan ada jugak yang suke mengamalkan petua org dulu - dulu dengan cara pemakanan lah dan sebagainya .



[ gambar : kecantikan itu lahir dari dalam , pakai lah barang
 kecantikan banyak mane pun mmg takkan kekal lame .]



[ gambar : Cantik tue mmg subjektif , ada sesape yang sanggup
 makeupkan aku supaya kelihatan cantik ? ]



So entry kali nieh , aku sajer nak share petua - petua yang aku tahu dengan korang . Mane lah tahu korang masalah korang boleh selesai setelah membace maklumat - maklumat nieh kan . Tak salah pun berkongsi sesuatu dengan orang ramai , bukan kene bayar pun kan , hehehe , senyum !


Awet Muda 
Jika anda inginkan muda , sering tersenyum adalah salah satu petuanya . Selain daripada itu , cubalah ikut petua nieh :


  • Kasar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam . Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan , setelah sejuk barulah diminum . Amalkan meminumnya seminggu sekali , wanita hamil jangan dok ngengada nak cube okeyy , sat g gugur lak kandungan tue .
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam - ulaman .


Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya tarikan bagi seseorang . Untuk memiliki mata yang cantik , meh try amalkan petua nieh :

  • Ambil daun lidah buaya , sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur , lakukan secara berterusan .

Melebatkan Bulu Kening
Bakar 2 biji buah keras hingga hitam . Kemudian tumbuk hingga halus  sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur . Keesokkannya bersihkan dengan air , kening pasti akan nampak lebih lebat dan menarik


Melebatkan Bulu Mata
Rendam 1 sudu besar teh di dalam air panas , setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda , amalkan selalu tau .


Mencantikkan Rambut
Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut , caranya :

  1. Ramas beberapa helai daun limau purut , sedikit air dan bunga raya . Apabila sebati , tapis airnya dan lumurkan pada rambut .
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air , ramas sehingga keluar airnya . Ketika  
     mandi , lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit , kemudian bilas dengan air bersih 

Hindari Rambut Gugur
  1. Masukkan 3 sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih , Kemudian tapiskan . Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebijik putih telur hingga sebati . Apabila sebati , sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 3 jam . Seelok - eloknya amalkan minum sekali
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat , kemudian campur dengan minyak kelapa , Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama 2 jam . Basuh rambut dengan syampu dan keringkan , lakukan seminggu sekali tau .
  3. Campurkan air asam jawa dengan santan ke dalam bekas , masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga - bunga yang wangi . Basuh rambut menggunakan campuran tersebut .

Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan , basuh tangan sehingga bersih . Tangan yang masih basah tue , lapkan pada rambut dengan berselawat 3 kali
  2. Ambil arang dari pokok getah , keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat . Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci , lakukan setiap hari .

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala terasa gatal dan mengotorkan rambut . Nieh antara cara untuk mengatasinya :
  1. Selepas rambut dibasuh , lmurkan dengan beberapa potong limau nipis . Biarkan selama 15 minit , kemudian cuci dengan air sehingga bersih . Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi tapi rambut jadik lebih lembut dan bersinar .
  2. Kisar 3 batang serai bersama 2 biji limau nipis hingga lumat , kemudian tapi dan ambil patinya . Sapu pada seluruh rambut macam pakai syampu , gosok rata - rata dan biarkan selama 15 minit . Bilas dengan air sehingga bersih , amalkan 2 kali seminggu .

Mancantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik , macam - macam produk kini jual di pasaran kan , dahsyat , senyum ! atau pun boleh cube cara ini :
  1. Panaskan 2 sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan , sapukan dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit . Basahkan tuala dengan air suam , kemudian lap sehingga bersih .
  2. Tumbuk 10 ulas bawang merah hingga halus , kemudian sapukan di sekitar payu dara . Jangan terkena pada putingnya , biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa .

Menegangkan Payu Dara
Ibu - ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka menjadi kendur , cara ini tuk mengatasinya dgn :
  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar , kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya . Setelah layu , ranas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya . Lakukan selama 3 hari berturut - turut .

Mengempiskan Perut
  1. Jika makan nasi jangan disulami dengan air , sebaiknya minum air 2 atau 3 jam slepas makan .
  2. Tanak kelapa hingga menjadik minyak , setelah sejuk sapukan pada perut . Biarkan selama 10 minit , lakukan setiap hari sehingga nampak hasilnya .
  3. Bancuh sedikit asam jawa , segelas air panas dan garam . Embunkannya selama semalaman , keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka .

Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air , birkan sehingga menjadi satu gelas . Kemudian tapi dan minum setiap hari .


Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong 2 , gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat . Ulangi selalu sehingga anda benar - banar berpuas hati .

p/s : selamat mencube yer , jangan mudah cepat putus asa . Petua ini di ambil dari orang - orang tue dan semestinya internet , senyum !