Wednesday, May 25, 2011

. Lagu Finalis Mentor 5 dah kua lah , Mane Satu nieh ??? .

Tiga orang finalis yang bakal berentap di pentas akhir Mentor 5 sudah diketahui. Kini, Shiha, Salma dan Iqa mempunyai kurang seminggu untuk membuat persiapan bagi malam terpenting dalam hidup mereka setakat ini.

Pada malam 29 Mei nanti, setiap protege akan mendendangkan sebuah lagu saduran ('cover version'), duet diikuti dengan single terbaru mereka.

Kebiasaannya, umum hanya akan diperdengarkan single terbaru setiap protege pada malam finale, namun tahun ini, pihak produksi telah sudi berkongsi lagu-lagu baru ini dengan para peminat semua. Turut disertakan juga single terbaru Ratnah.
[ Video : Salma protege Erra Fazira - Aku Permata ]

[ Video : Shiha protege Dato Sharifah Aini - Bila Bertemu Mu ]


[ Video : Ratnah protege Afdlin Shauki - BB Aku ]


[ Video : Iqa protege Edry Kru - Di Penghujungnya ]


. Siapa Miera Liyana Nieh ? Ada Apa dengan Miera Liyana .


 gambar : masuk - masuk opis dok melepak dengan kengkawan opis , biasa lah pagi-pagi tak sah klau tak bergosip kan . Dok khusuk dengar my click nieh bercerita tentang artis , Siti Norhaliza ada , Noh Hujan ader , ishh ramai lah dorang nieh bercerita . 

Aku pun dok godek-godek lappy nieh tetiba aku terpegun nengok si dea nieh , aku pun tertanya-tanya siapa dea nieh ? Artis ker ? nape aku tak kenal dea nieh . Dok pikir-pikir rase yer aku pernah jumpe dea time shooting hari tue . Pelakon Tambahan jer kot , tapi tak sangka lah , mmg dea nieh sempoi habis lah , SMOKING lex jer an , dunia artis nieh an lain macam sikit . 

Ada sesetengah artis tak tunjuk kat khalayak ramai tp dea nieh giler sempoi . Nengok lah cara dea nieh berpakaian , giler seksi an .Aku pun ada terbace dalam satu forum tue , bukan aku nak wt kontroversi nacam mama paparazzi . Korang nak tahu per jawapan soklan nieh bila di tanya .

Saat ditanya jika tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina memberitahu wartawan televisiom "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."

Monday, May 23, 2011

. Iqa , Shiha , Salma Ke Final Mentor 5. Wahh , Sape JUARA ?? .


[ gambar : IQA protege EDRY , SALMA protege ERRA FAZIRA dan SHIHA protege DATO SYARIFAH AINI


Jika ada yang menjangkakan kemenangan mudah Salma ke pusingan terakhir Mentor 5 , keputusan malam tadi sungguh mengejutkan semua penontan di rumah mahupun di studio bagi peminat tegar protege Erra Fazira nie. Jika bukan keputusan pihak TV3 untuk menjadikan persaingan akhir " a three -way fight " , Salma memang tidak berpeluang langsung untuk beraksi di pentas akhir pada 29 Mei 2011 di Stadium Melawati Shah Alam .

Di manakah silap Salma dan juga mentornya Erra Fazira ? adakah disebabkan Salma ' peak ' terlalu awal ?? Sesungguhnya aku sendiri pun kagum dengan vokal Salma yang lantang saban minggu , paling menarik apabila gandingan Salma dan Mohd protege Ziana Zain juara Mentor 4 .


Tp berlainan pula ceritanya dengan Iqa . Iqa cukup menyerlah minggu nieh , lagu yang dibawa pada malam itu ' Awan yang terpilu by Ning Baizura ' memang tak dinafikan bukan semua orang boleh bawak lagu tue dengan baik , tp malam tadi Iqa dah buktikan yang dea mampu lakukan . Di sebabkan oleh itu , ranking Iqa pada malam tadi naik begitu tinggi mengalahkan Salma dan juga Shiha .


Pada malam tad , tidak dinafikan bahawa Shiha juga menyerlah . Pada mata kasar aku nieh , mereka telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sepanjang tempoh pertandingan . Dan usaha mereka tidak dilepas pandang oleh juri profesional dan awam .



p/s : Buat Iqa dan Shiha teruskan usaha korang tok malam final nanti . Dan Salma percaturan yang lebih baik perlu dilakukan untuk final nanti jika Salma ingin membawa balik gelaran JUARA MENTOR 5 . Go Salma ! Go Salma :)


. Tanah runtuh: 24 orang tertimbus, 5 mati .

 [ gambar : ketika semua para anak-anak yatim melakukan latihan nasyid sebelom terjadinya tanah runtuh ]

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini.Menurut laporan Bernama, setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

 [ gambar : mangsa anak-anak yatim itu di angkut oleh orang ramai untuk dibawa ke hospital ]

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.


Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
[ gambar : jentera berat sedang mencarik mangsa yang masih terimbus ]

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.Sementara itu, TV Selangor melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera.Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera.Ahli exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan.


p/s : Setiap kali mengacarakan Assalamualaikum, saya akan cuba menyelami setiap isu yang dibincangkan. Hari ini isu fokus ialah pada tragedi tanah runtuh Madrasah at-Taqwa di Hulu Langat yang meragut nyawa ramai anak-anak yatim. Sebak rasa di hati sukar dikawal apatah lagi bila melihat wajah-wajah mereka ini sebelum kejadian ketika selesai membuat latihan persembahan nasyid. Ya Allah, tempatkanlah mereka bersama para solihin. al-Fatihah..