Monday, May 30, 2011

. Masuk UIA ??? Menukar penampilan berTUDUNG ?? .

hye semua pembaca blogger yang aku kasihi .

sesak nafas aku nieh tak sempat nak mengupdate blog yang usang nieh , konon-konon yer nak update time kerje nieh haaa , tp masuk-masuk opis , lappy kat opis nieh boleh wt hal lak an , sakittt hatiii laaaaa !! . Sampai ke tengah hari tak der lappy nak buat kerja , dengan kerja bertimbun atas meja nieh , lagi lah stress an , nasib baik customer tadi tak kene maki dengan aku kan . Ehhh korang semua bagi lah sedikit pendapat macam mane nak hilangkan panas baran aku nieh ...


okeyy-okeyy berbalik kepada topik aku nieh , mesti korang ingat aku dapat masuk UIA kan ? hehhe , macam pelik lak an , hahahaha . Act bukan aku dapat masuk UIA tue sebagai student pun , aku juz anta adik Encik Boyfren masuk sane lah , Kalau aku masuk UIA , perghhhh , memang family aku buat kenduri 44 hari lah beb , hahaha


[ gambar : Terasa seronok pulak aku dok dalam UIA nieh teringat kesah-kesah and saat aku time masuk kolej dulu , nak daftar bagai , dok bawah pokok sambil usha mamat-mamat ensem kan . Tapi kat sini memang lain sikit lah tak der lah macam kat kolej aku dulu kan semua jejaka-jejaka malaya control ensem , sini semua nak pakai kopiah an , jalan sopan jer , tak der lah nak bergaya sakan , sedap mate memandang kan , sejuk perut mak mengandung ]


[ gambar : aku nieh dah lah ader alahan , tak boleh nak kene panas an , berpeluh sikit pun tak boleh , nieh lah akibatnya lw dok bawh pokok panas-panas terik macam nieh , naik dah gatal-gatal aku . Perghhhh time nieh hanya tuhan jer yang tahu macam mane rase yer gatal 1 badan nieh , nieh baru sebelah tangan aku jer , belom tengok tangan sebelah kiri , kaki , muka lagi . Muka aku lagi lah dah merah padam kan , Ya Allah dah macam pakai blusher satu muka rase yer . Bayangkan lah dari pagi sampai ke tengahari aku dok berjemur , dengan bahang panas tue kan , naik lah gegate nieh , betol ker ayat aku tue ?? hehe , lantak lah ]


[ gambar : nieh lah hasilnya bila dapat masuk UIA an , hahaha , jangan nak gelak sangat yer kengkawan , yesss nieh lah saya yang anda-anda kenal tue yer , stopp dr gelak , saya memang tak suke anda-anda gelakkan saya . Bagi yang kenal memang akan tergelak besar , dr tak pakai tudung jadik pakai tudung an ... Sejuk perut ibu mengandung kan , tp tue lah ini kerana aku kene masuk UIA tuk hantar adik Encik Boyfren masuk stdy , tue menukar penampilan seketika , Kalau dah sampai seru untuk aku bertukar imij , alhamdullah , anda-anda jangan lupe doakan yang terbaik untuk saye yer :):) Aku pun tengah usaha ke arah itu , amin ]


[ gambar : inilah rupa aku ketika memasuki perkarangan UIA , mula-mula datang tue memang agak comel dan terurus tetapi bila dah masuk 2 jam kat satu , seluruh badan aku dah naik gatal-gatal . Cube korang perhatikan betol-betol kat tangan aku tue , nampak kan tanda merah-merah tue , tue lah aku naik gatal-gatal . Tak tahan beb , dalam hati aku time nieh , ' weiiii cepatlahhh aku nak balikkkk , gatal nieh beb badan aku ' demmm . tak suke keadaan aku macam nieh , tue yang bile panas terik aku memang akan mengalami masalah macam nieh , nak g klinik pun malas jer , nanti dea bagi ubat gatal . tak suke ! ]


p/s : kepada sahabat-sahabat yang mengenali aku , stoppp dari gelakkan aku yer , jangan nak senyum sorang-sorang sangat lah , tunggu lah aku dapat seru kai tudung time tue , ko nengok lah aku kai tudung yang berbelit-belit tue , kompom comel an , okeyy , tengs korang cakap comel , membakar semangat nieh yang telah lame , dah jadik lemak pun , hahhaaha :):)



. LIFE : Bila Dua Menjadi 1 .

hye semua pembaca blogger :):):)

macam mane dengan aktiviti korang semua pada hujung minggu lepas ?? mesti banyak aktiviti yang korang lakukan an tak kire bersama sahabat or keluarga an . Sebenarnya aku happy giler minggu nieh , aku rasekan dunia nieh aku yang punya , tp kenapa benda nieh terjadi kat diri aku ?? adakah aku wt salah ?? takut jugak langkah yang aku ambil nieh salah jer , korang rase ?? hehehe , sengalkan korang tak tahu soklan per tetibe tanya an , bile hati nieh terlalu gembira , dah macam orang giler jer bercerita nieh , Stoppp gda dari senyum dah macam orang giler ko nieh .


[ gambar : ishhh , nape perlu ada LOVE nieh ?? musyyhhhkilll ]



[ gambar : Beginilah akibat terlalu seronok , kemane sahaja kita akan senyum kan , dah macam kerang bushuk lak , hope ia terus berkekalan :):) ]

Friday, May 27, 2011

. Kecoh Pasal Orang Simbah Asid Pulak , Kini Di Area Ampang .

 hye semua pembace blogger yang aku kasihi ,


Semenjak dua menjak nieh tetibe fikiran aku asik memikrkan tentang kejadian simbah asid yang sangat berleluasa sekarang , bermula di Wangsa Maju . Baru minggu lepas aku jejaki cerita nieh , orang yang simbah asid neh ada dekat area Shah Alam . Apa motif mereka nieh yer ? aku terpikir adakah mereka nieh kecewa dalam percintaan dn berdendam dengan kaum wanita ?? kerana sehingga hari ini semua mangsa adalah perempuan .

[ gambar : inilah rupa saspek yang menyimbah asid di area Lembah Klang . ]

Pihak polis pesan kepada orang ramai jangan menyebarkan cerita palsu atau maklumat palsu mengenai orang yang menyimbah asid . Rasenya sekarang ini semua dah tahu pasal kes ini kan ?? Sangat takottt !!! g main jejauh okeyyy !! kes ini dikatakan penyimbah asid berbangsa INDIA dan kebanyakan mangsa gadis MELAYU . Banyak kejadian dilaporkan berlaku di area Bukit Bintang , Jalan Pudu , Brickfields , Bangsar , Desa Pandan dan yang terbaru Bandar Baru Ampang .



 [ gambar : merupakan salah seorang mangsa yang telah disimbah oleh asid ]

Sedih , kesian bila nengok gambar akak nieh ,
So, what we can do to avoid from being their victims :- 

  • Kalau tak ada hal penting, JANGAN keluar tak tentu hala kat jalan-jalan yang dah ada kes.
  • Elakkan lalu kat tepi-tepi jalan raya (side of the roads). Berjalan di tempat yang ramai orang. Eg : jalan bersebelahan dengan bangunan.
  • Sentiasa berjalan menghadap ke arah trafik bagi memastikan kita dapat lihat sesiapa yang dicurigai mendekati dan mengelakkan penjenayah simbah asid dari belakang.
  • Jangan buka tingkap sewaktu memandu kereta.
  • Kalau kejadian berkenaan berlaku jugak, simbah air banyak pada tempat yang terkena asid especially mata.
  • Bawak payung sebagai senjata or to avoid from the acid. Atau pon maybe handbag kita boleh dijadikan senjata untuk elak simbahan tersebut.
  • Pastikan tiada sesipa yang mengekori sewaktu berjalan di tempat letak kereta.
  • Jangan keluar berseorangan, lagi ramai lagi bagus.
  • Alert pada honda EX5 WPV4963, lelaki india dua orang, ada bakul di depan motosikal dan memegang botol.
Sangat scaryyy.. Bayangkan kalau dia buat sindiket pulak. Tak pun dah datang dekat tempat kita ni kan. Tiba-tiba jog kat Tasik Titiwangsa dia duk belakang kita!


Tapi aku sedikit pelik lah , nape sampai sekarang polis masih lagi tidak berjaya nak menangkap panjahat nieh ?? bukan maklumat semua dah ada ker ? No pendaftaran pun ada kan ? so nape pihak polis masih belom berjaya membuat tangkapan . Hope pihak polis dapat menangkap penjenayah nieh secepat mungkin , kerana semalam penjenayah ini telah sampai area Bandar Baru Ampang so saya takutlah coz itu area rumah saya . OMG !! hope cepat lah settle benda nieh .

Thursday, May 26, 2011

. Lisa Suriyani & Yusri Dah Jumpe Keluarga Masing-Masing .



hye semua rakan blogger ,


Bila dah bercerita tentang artis tue , artis nieh artis tue , tetiba terkeluar cerita YUSRI dan LISA SURIHANI .Betol ker mereka nieh bercinta ? aku pun tak bape nak pasti , tp kenape Lisa pilih Yusri ?? em... bagi pendapat aku secara personal , aku tak suke Lisa dengan Yusri kalau dengan Farid Kamil aku suke , maklumlah kalau dorang digandingkan dalam filem or cerita nampak macam serasi jer dorang berdua nieh kan . Tapi jodoh kan kat tangan tuhan kalau itu pilihan Lisa , aku nieh peminat dea juz mendoakan yang terbaek untuk die .


Dok boring-boring kat opis nieh , aku pun menggodek lappy nieh , then terjumpe kesah Lisa dan Yusri nieh , Mereka berdua di soal oleh mamapaparazzi lah kan , tak kan di soal oleh aku , korang ingat aku nieh sape , hahahaa :) :)



So aku pun copy and paste tok korang bace okeyy .




WARTAWAN : Apakah status hubungan anda berdua?

Lisa: Sebenarnya tak manis untuk saya jawab. Apa yang saya boleh katakan, jika sebelum ini kami bercakap pasal kerja, namun sekarang kami bercakap tentang banyak perkara. Saya tak boleh nak cakap banyak sebab tak manis untuk saya sebagai perempuan bercerita lebih. Itu memang prinsip saya dan saya harap orang boleh faham.


Yusry: Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun. Walau bagaimanapun, kami masih belum mengenali sepenuhnya. Saya selesa dengan perwatakan dan cara pemikiran dia.


GUA: Ada kata-kata nakal mengatakan ada udang di sebalik batu kenapa Lisa rapat dengan Yusry. Lisa kononnya dikatakan mahu mendapat tawaran dengan KRU Studios.

Lisa: Bagi Lisa, rezeki di tangan Allah. Sejak umur Lisa 11 tahun, Lisa berusaha untuk mendapatkan sesuatu tawaran. Lisa tak guna agenda tersembunyi untuk dapatkan ‘job’. Bagi Lisa, tak payah nak guna taktik itu. Namun apakan daya, Lisa tak boleh nak kawal apa orang nak cakap.

Yusry: Tak adil untuk pihak dia dan tak adil juga untuk pihak saya. Takkan lah saya bodoh nak kena macam tu. Saya akui terkilan dan kecewa dengan isu ini. Kalau macam tu, kira Lisa kena rapat dengan pengarah seperti Shamsul atau Farid dululah sebelum nak dapat sesuatu ‘job’. Saya ingin tegaskan yang kami berkawan atas sebab selesa antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, mengenai tawaran dengan KRU, kami berdua memang pernah berbincang dalam Blackberry Messenger (BBM) sebelum jumpa buat pertama kali. Kami pernah berbincang pasal projek dan kerja. Malah, saya pernah cadangkan satu projek dengan dia dan dia pun telah bersetuju.

GUA: Betul ke anda berdua dah berjumpa dengan keluarga masing-masing?

Lisa: Itu terlalu peribadi untuk saya cerita.

Yusry: Ya, saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara paling baik ialah jumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan hubungan kami. Namun, terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah itu (kahwin). Jika jadi, Alhamdulillah.